Tuesday, January 20, 2009

Muzik dan Kehidupan

Muzik dan Kehidupan??
Huh!!
Ade ke korang rasa muzik ni penggerak dalam hidup korang??
Maksud aku,muzik ni penggerak budaya dan cara hidup.
Atau muzik ini sekadar hiburan?
Bagi aku muzik banyak memberi aku inspirasi untuk aku terus melangkah.
Banyak nasihat yang terkandung dalam sesebuah karya muzik itu sendiri.
Muzik itu juga melambangkan sesebuah etnik, bangsa, kaum dan agama.
Ada sesetengah orang menganggap muzik itu mampu untuk merosakkan akhlak, mampu untuk mengubah seseorang, mampu mempengaruhi minda pendengar. Ya!! apa yang mereka kata itu benar, tapi janganlah kita sempitkan otak kita. kita hanya memikirkan yang negetif tanpa memikirkan yang positif. Kita tak boleh menghakimi sesebuah lagu dengan hanya mendengar alunan muziknya sahaja. kita perlu menghayati lirik lagu tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan.Apepun kepujian untuk band-band indie di Malaysia.Muzik dan Lirik korang banyak
memberi inspirasi untuk kaum remaja masa kini.Aku dapat lihat semua itu.Aku rase korang sudah diberi tugas yang besar untuk memimpin kaum remaja sekarang.Good Luck for you guys:-

Muzik dan Kehidupan+Cinta??
Ape komen korang?
Muzik nie semua liriknya tentang cinta ke?
Maafkan aku, aku tak ada jawapan untuk itu.
Yang aku tahu bila aku putus cinta mesti dengar muzik..hrm hati aku mula tak tentu arah bila dengar muzik.'touching" abeh la kirenya tu'.
Seperti juga kawan kawan aku yang lain.
Korang pula macam mane??
Mesti serupa?
Jangan bohong kalau korang tak ada perasaan bila mendengar muzik tambahan pula bila sedang Hangat dilamun badai cinta dan serabut bila kehilangan cinta.
Masa ini muzik mesti tak dapat dipisahkan kan?
Boleh dikatakan muzik ini bagai mempunyai roh, sentiasa kene pada saat dan masa yang tertentu dalam kehidupan yang dijalani oleh korang kan?
Hrm biase la,itu la kekuatan muzik.

Macam mane pulak dengan muzik dalam bentuk nasyid?
Korang dengar tak?
Bagi aku nasyid adalah sebuah karya yang penuh dengan nasihat tentang dunia dan akhirat.
Ape yang aku lihat dan dengar sesebuah karya nasyid,ianya menceritakan tentang percintaan seseorang kepada PenciptaNya.Begitu indah kalau kita menghayati muzik ini.Alangkah bagusnya pula kita terpengaruh dengan lirik nya.Sebab itulah telunjuk kite yang sebenar.
Itu hanya pendapat aku.
Korang??

Kita boleh lihat betapa kuatnya pengaruh muzik dalam kehidupan kita.
Tak kira apa saja jenis muzik,iya tetap manggerakkan cara hidup kita.
Cuma tinggal kita sahaja nak pilih yang mana satu muzik yang hendak kita dengar seperti juga hidup kita,jalan yang mana nak kite lalui kelak.
Kalau kita pandai memilih muzik untuk mendengar,
Begitu juga kita pandai memilih jalan dalam hidup kita tanpa rasa menyesal.
Muzik ini begitu luas, Begitu juga dengan Dunia nie.
Kita tak tahu bila Muzik nie akan terhenti,
begitu juga kehidupan kita.
Mungkin hari ini, esok atau tulat???
Kita tak akan tahu jawapannya.
Kalau boleh aku nak kita sama-sama hidup berjaya dan mencapai cita-cita kite di dunia dan di akhirat kelak.
INSYAALLAH...

2 comments:

  1. muzik= cara semua orang( ok,mungkin tak semua. hampir semua. hee) mengekspresikan perasaan dierang. sedih, gembira, in love, out of love, marah..semua lah pendek kate. pasti ade lagu untuk semua perasaan2 nie. kan? =)

    ReplyDelete