Tuesday, January 27, 2009

HARI UNTUK BEA!!! ; )

Huh semalam 25 January 09.Baity kawan kepada aroy dah bertunang..Tahniah!!
Erm tapi nama tunang dia aku tak berapa nak tau ..Amin kot name tunang die..
Haha pape jela....Semoga korang Berbahagia sampai naik pelamin dan sampai keanak cucu..Insyaallah...
Nie sebahagian dari gambar yang aku ambil...
Pada sesiapa yang tak pegi semalam boleh la tengok gambar nie kay...
ENJOY!!!





















Thursday, January 22, 2009

Sediakan Payung Sebelum Hujan


Apa persediaan korang sebelum korang sakit?
Pernah terfikir macam mana masa kita sakit nanti?
Aku sendiri la...Tak pernah nak terfikir...baru sekarang nie la aku nak berfikir...Huhu..masa kita sihat,memang la tak kan terfikir betul tak??Tapi bile sakit macam mana??Dah la kita tak tahu bila kita akan jatuh sakit?
Ok la..Bila kita jatuh sakit nanti tentu hospital tempat kita betul tak?
2 pilihan kerajaan atau swasta.
korang?mane lebih selesa?
Kalau aku tentu swasta.
Kerajaan??
Bukan tak selesa dan tak percaya..Aku rasa korang pun tau kan?(aku tak nak cakap.hahaha)
Ok swata menjadi pilihan.
Pertama dah tentu selesa,kedua mesti segala perkhidmatan dilakukan dgn cepat,pantas,teliti dan selamat.Kiranya swasta ni mengutamakan pelanggan la.Utamakan pelanggan??Sebab per??hahaha...Dah tentu la Duit!!!Duit beb...Semuanya berbalik pada duit la..kay orang yang ada panel or insurans aku tak sentuh.aku sentuh orang yang tak ada panel,insurans dan orang yang datang dari keluarga sederhana(bukan orang yang kaya-raya macam ko!)Ok aku tergolong dalam kelompok ni.Macam mana korang?Macam mana kite sakit nanti??Mane arah kita jika kita tak ada duit??hahaha fefaham je la kay...Aku tak sanggup beb nak ke hospital kerajaan.Memang 2hengget jer..Murah tu...Tapi....(Aku tak cakap apa-apa kay)Aku rasa mulai daripada sekarang kita dah boleh mula buka simpanan baru kita untuk kesihatan kita kelak.Yela kita nak selasa dan semua yang best.huhuhu..Duit nye pun best...Bila kita dah simpan duit,sakit kita esok tak perlu lah bersusah payah lagi.kita akan selesa la bila kita sakit nanti.Ingat ye sementara kita masih sihat dan senang nie..Nanti dah sakit dan susah....hrmm tuhan je yang tau penderitaan kita.=)!!!!JOM KITA KUMPUL DUIT!!!!
HARAP KITA SAMA-SAMA ADA PAYUNG BILA HUJAN NANTI...(fikir-fikirkanlah)
INSYAALAH.....

Wednesday, January 21, 2009

Zul@Wad 81-B


Aku menziarahi zul tadi...
Die baru lepas bedah die ye tekak..
Aku tak tau die bedah pe..
Pe yang penting sebagai kawan aku gi menziarahi die.
Yela nnt aku masuk hospital lak tak de orang nak ziarahi aku..
Mcm aku kene denggi dulu..
3 hari beb sorang pun tak datang jengok aku...
Tapi hari ke empat aku cabut lari akibat terlampau boring huhuhuhu...
Kita doakan En. Nazizul cepat sembuh dan boleh kembali bertugas...
INSYAALLAH

Tuesday, January 20, 2009

Kebakaran!!!





















Gambar nie aku shoot malam tadi.Lokasi di sebelah 7e Taman Sri Mawar.
Huh!!Asalnye aku 'on the way' nak gie umah sepupu aku ikut situ.Aku nampak lampu bomba,aku pun check out la.Pergh!!Asap berkepul-kepul.Mase tu aku tak bawak 'cam' aku.Aku pun bodoh jer.Dan dan tu lak si Wan kawan aku ni memanaskan telinga aku."Ko beli 'cam' memahal tapi tak bawak bile kejadian mcm nie rugi la ko,bile lagi ko nak belajar shoot time keaadan cemas mcm nie?".Telinga aku panas,Hati membara.Ape lagi terus aku ajak member aku drive pergi rumah aku ambik 'cam'.Huhu aku suruh dia drive sebab dia ni layak digelar 'The Transporter' sebab dengan cara dia memandu memang penuh 'style' !!

Sampainya balik aku di tempat kejadian aku pun shoot la gambar ape yang aku nak shoot.Ikut suke aku la sebab aku bukan nya pemberita pun.Sedang aku shoot hati aku tesentak tengok anggota bomba-anggota bomba yang bertugas.Memang kite tengok kerja meraka senang(memang senang pun kut? yela padam je api tu).Tapi ape yang aku nak sampaikan ialah semangat berpasukan dieorang tu.Masing-masing mempunyai komitmen sendiri(tak ade yang buat-buat penting la).Tiada seorang pun dalam anggota itu mementingkan diri sendiri.Masing-masing memerlukan antara satu sama lain.Aku bangga dapat lihat anggota bomba yang bersikap begitu.Aku rasa setiap pasukan boleh mencontohi sikap sebegini.Tapi dalam persahabatan korang ada bersikap begini?Dalam 10 mesti ade 4 sahaja kan?
Yela yang lain cuma kawan untuk 'HUHA' sahaja.Kalau korang bersikap bertolak-ansur dan mempunyai semangat persahabatan itu.Pergh korang akan lebih tahu apa erti persahabatan yang sebenar.

Dan pada masa yang sama dalam kejadian semalam aku juga lihat sikap sesetengah rakyat Malaysia yang suka buat-buat penting.Hrmm sedar la yang perbuatan korang tu lagi menyusahkan pihak berkuasa.Yang tu lain kes la.Yang kes lagi satu ni terlampau ramai menolong.Baiknya rakyat Malaysia.Dengan kata lain TOLONG TENGOK.Huhu dah jadi tabiat kita.tak kira apa jua kejadian kita tetap akan tolong tengok.Hahaha.aku mengaku,aku pun tergolong dalam sikap yang macam ni.Aku rase perbuatan yang macam nie pun menyusahkan pihak berkuase.Ramai 'beb' semalam.Tak kira umur dan bangsa,semua ada.budak kecik pun ade.Bak kate adik kawan aku"Esok ramai la budak kat Sri Mawar tak gi sekolah,yela semua ngantuk tido lambat dek tengok kedai terbakar nie".Tul gak tu.

Jom la kita ramai-ramai berubah sikap dari yang buruk ke baik.Memang kita manusia tapi kita boleh cuba.Macam kita ni dah terikat pula pada tradisi sikap begini.Kita mampu mengubahnya.Pokoknya hati kita jugak.INSYAALLAH.

p/s:owner kedai tu nak claim la tu,
yela raye cina dah dekat.Modal nak beraya sakan tak cukup.Ha pe lagi...huhuu

(TENGOK TU MULUT AKU,TAK SELIDIK TAK APA TERUS CAKAP MACAM TU.ITULAH MULUT KITA ORANG MELAYU,TAK BOLEH NAK TUTUP.NAK MENGATA JE KEJE,BILA KITA NAK MAJU KALAU SIKAP MACAM NIE PUN ADE?)

KORANG ADA DIPLOMA KAN?
MASTER KAN??
HAA KORANG PIKIRLAH SAMPAI KOMA!!

Muzik dan Kehidupan

Muzik dan Kehidupan??
Huh!!
Ade ke korang rasa muzik ni penggerak dalam hidup korang??
Maksud aku,muzik ni penggerak budaya dan cara hidup.
Atau muzik ini sekadar hiburan?
Bagi aku muzik banyak memberi aku inspirasi untuk aku terus melangkah.
Banyak nasihat yang terkandung dalam sesebuah karya muzik itu sendiri.
Muzik itu juga melambangkan sesebuah etnik, bangsa, kaum dan agama.
Ada sesetengah orang menganggap muzik itu mampu untuk merosakkan akhlak, mampu untuk mengubah seseorang, mampu mempengaruhi minda pendengar. Ya!! apa yang mereka kata itu benar, tapi janganlah kita sempitkan otak kita. kita hanya memikirkan yang negetif tanpa memikirkan yang positif. Kita tak boleh menghakimi sesebuah lagu dengan hanya mendengar alunan muziknya sahaja. kita perlu menghayati lirik lagu tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan.Apepun kepujian untuk band-band indie di Malaysia.Muzik dan Lirik korang banyak
memberi inspirasi untuk kaum remaja masa kini.Aku dapat lihat semua itu.Aku rase korang sudah diberi tugas yang besar untuk memimpin kaum remaja sekarang.Good Luck for you guys:-

Muzik dan Kehidupan+Cinta??
Ape komen korang?
Muzik nie semua liriknya tentang cinta ke?
Maafkan aku, aku tak ada jawapan untuk itu.
Yang aku tahu bila aku putus cinta mesti dengar muzik..hrm hati aku mula tak tentu arah bila dengar muzik.'touching" abeh la kirenya tu'.
Seperti juga kawan kawan aku yang lain.
Korang pula macam mane??
Mesti serupa?
Jangan bohong kalau korang tak ada perasaan bila mendengar muzik tambahan pula bila sedang Hangat dilamun badai cinta dan serabut bila kehilangan cinta.
Masa ini muzik mesti tak dapat dipisahkan kan?
Boleh dikatakan muzik ini bagai mempunyai roh, sentiasa kene pada saat dan masa yang tertentu dalam kehidupan yang dijalani oleh korang kan?
Hrm biase la,itu la kekuatan muzik.

Macam mane pulak dengan muzik dalam bentuk nasyid?
Korang dengar tak?
Bagi aku nasyid adalah sebuah karya yang penuh dengan nasihat tentang dunia dan akhirat.
Ape yang aku lihat dan dengar sesebuah karya nasyid,ianya menceritakan tentang percintaan seseorang kepada PenciptaNya.Begitu indah kalau kita menghayati muzik ini.Alangkah bagusnya pula kita terpengaruh dengan lirik nya.Sebab itulah telunjuk kite yang sebenar.
Itu hanya pendapat aku.
Korang??

Kita boleh lihat betapa kuatnya pengaruh muzik dalam kehidupan kita.
Tak kira apa saja jenis muzik,iya tetap manggerakkan cara hidup kita.
Cuma tinggal kita sahaja nak pilih yang mana satu muzik yang hendak kita dengar seperti juga hidup kita,jalan yang mana nak kite lalui kelak.
Kalau kita pandai memilih muzik untuk mendengar,
Begitu juga kita pandai memilih jalan dalam hidup kita tanpa rasa menyesal.
Muzik ini begitu luas, Begitu juga dengan Dunia nie.
Kita tak tahu bila Muzik nie akan terhenti,
begitu juga kehidupan kita.
Mungkin hari ini, esok atau tulat???
Kita tak akan tahu jawapannya.
Kalau boleh aku nak kita sama-sama hidup berjaya dan mencapai cita-cita kite di dunia dan di akhirat kelak.
INSYAALLAH...