Tuesday, January 20, 2009

Kebakaran!!!





















Gambar nie aku shoot malam tadi.Lokasi di sebelah 7e Taman Sri Mawar.
Huh!!Asalnye aku 'on the way' nak gie umah sepupu aku ikut situ.Aku nampak lampu bomba,aku pun check out la.Pergh!!Asap berkepul-kepul.Mase tu aku tak bawak 'cam' aku.Aku pun bodoh jer.Dan dan tu lak si Wan kawan aku ni memanaskan telinga aku."Ko beli 'cam' memahal tapi tak bawak bile kejadian mcm nie rugi la ko,bile lagi ko nak belajar shoot time keaadan cemas mcm nie?".Telinga aku panas,Hati membara.Ape lagi terus aku ajak member aku drive pergi rumah aku ambik 'cam'.Huhu aku suruh dia drive sebab dia ni layak digelar 'The Transporter' sebab dengan cara dia memandu memang penuh 'style' !!

Sampainya balik aku di tempat kejadian aku pun shoot la gambar ape yang aku nak shoot.Ikut suke aku la sebab aku bukan nya pemberita pun.Sedang aku shoot hati aku tesentak tengok anggota bomba-anggota bomba yang bertugas.Memang kite tengok kerja meraka senang(memang senang pun kut? yela padam je api tu).Tapi ape yang aku nak sampaikan ialah semangat berpasukan dieorang tu.Masing-masing mempunyai komitmen sendiri(tak ade yang buat-buat penting la).Tiada seorang pun dalam anggota itu mementingkan diri sendiri.Masing-masing memerlukan antara satu sama lain.Aku bangga dapat lihat anggota bomba yang bersikap begitu.Aku rasa setiap pasukan boleh mencontohi sikap sebegini.Tapi dalam persahabatan korang ada bersikap begini?Dalam 10 mesti ade 4 sahaja kan?
Yela yang lain cuma kawan untuk 'HUHA' sahaja.Kalau korang bersikap bertolak-ansur dan mempunyai semangat persahabatan itu.Pergh korang akan lebih tahu apa erti persahabatan yang sebenar.

Dan pada masa yang sama dalam kejadian semalam aku juga lihat sikap sesetengah rakyat Malaysia yang suka buat-buat penting.Hrmm sedar la yang perbuatan korang tu lagi menyusahkan pihak berkuasa.Yang tu lain kes la.Yang kes lagi satu ni terlampau ramai menolong.Baiknya rakyat Malaysia.Dengan kata lain TOLONG TENGOK.Huhu dah jadi tabiat kita.tak kira apa jua kejadian kita tetap akan tolong tengok.Hahaha.aku mengaku,aku pun tergolong dalam sikap yang macam ni.Aku rase perbuatan yang macam nie pun menyusahkan pihak berkuase.Ramai 'beb' semalam.Tak kira umur dan bangsa,semua ada.budak kecik pun ade.Bak kate adik kawan aku"Esok ramai la budak kat Sri Mawar tak gi sekolah,yela semua ngantuk tido lambat dek tengok kedai terbakar nie".Tul gak tu.

Jom la kita ramai-ramai berubah sikap dari yang buruk ke baik.Memang kita manusia tapi kita boleh cuba.Macam kita ni dah terikat pula pada tradisi sikap begini.Kita mampu mengubahnya.Pokoknya hati kita jugak.INSYAALLAH.

p/s:owner kedai tu nak claim la tu,
yela raye cina dah dekat.Modal nak beraya sakan tak cukup.Ha pe lagi...huhuu

(TENGOK TU MULUT AKU,TAK SELIDIK TAK APA TERUS CAKAP MACAM TU.ITULAH MULUT KITA ORANG MELAYU,TAK BOLEH NAK TUTUP.NAK MENGATA JE KEJE,BILA KITA NAK MAJU KALAU SIKAP MACAM NIE PUN ADE?)

KORANG ADA DIPLOMA KAN?
MASTER KAN??
HAA KORANG PIKIRLAH SAMPAI KOMA!!

1 comment: