Friday, April 24, 2009

disyurga kelak

aku tidak berani untuk mermimpi,
apatah lagi untuk bermain dengan api,
kite tak akan bersama selamanya..
tapi aku berharap kite dapat berjumpa di syurga kelak.

kau emas tapi aku hanyalah besi karat..
besi yg apabila dipegang akan melukakan diri sendiri,
aku percaya kita tidak mempunyai kimia yang sama,
tetapi engkau dan aku tiada beza disyurga kelak...

diri dan cara hidup kau disanjung masyarakat,
lainlah aku yang cuma papa kedana,
kau suka mencemuh aku dalam diam kau,
tapi ingat aku lelaki yang tetap menjadi ketua disyurga kelak.

kau mempunyai hati yang mahal,lain aku hati yang murah..
sombong kau menjadi kau berjaya,peramah aku menjadi aku gagal.
kau pergi dengan gembira,aku ditinggalkan dengan sedih,
aku percaya aku tetap mahal,sombong dan gembira seperti kau disyurga kelak.

kenapa kau dimimpi aku tidak aku dimimpi kau,
adilkah semua yang terjadi semua menyebelahi kau,
tiada tempat untuk aku mengadu lain kau yang banyak tepat mengadu,
tapi aku yakin tiada lebih kau tiada kurang aku disyurga kelak.

apa yang aku tulis bukan hanya untuk kau.
ini untuk santapan sekalian manusia,
supaya kita beringat untuk setia bersatu,
kerana janji kau akan aku tuntut disyurga kelak...

No comments:

Post a Comment